Followers

Wednesday, 29 April 2015

:: Berubah Status ::


 
Syukur Alhamdulillah....Akhirnya jodoh CikNy sampai jua...
Bercinta selepas kahwin..itu yg CikNy inginkan...oppsss tkleh guna CikNy dh..whatever ler...dh terbiasa guna Cikny kan...so kita gunakan je la yer....
 
Doakan semoga perkahwinan ini berbahagia & kekal hingga ke Jannah..sentiasa dlm Rahmat-NYA...dikurniakan zuriat yg soleh & solehah....
Hidup ini hanya persinggahan...perlu banyak menyediakan bekalan banyak2 untuk akhirat kelak...
 


Tuesday, 6 May 2014

:: 3..2..1... Tahun Lalu ::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dah lama sangat SyanyBelog ni terbiar mcm tu je tanpa post.....rasa nk kembali spt dulu aktif berblog & jejalan kt blog kwn2..... nk sign in SyanyBelog ni pun..sampai lupa password..fuh nasib baik dpt buka juga selepas disoal siasat oleg gmail...hihihihihihi.. Ok la.. harap2 selepas ni akan rancak seperti 3..2..1 tahun yg lalu.. spt mana rancaknya dlm blog yg 1st dlu (blog yg dah teremove dulu)


Thursday, 11 April 2013

:: Doaku ::

Dah lama sangat CikNy tak mencoret kt syaznyBelog ni...mmg dah bersarang giler2 dah...Tak seperti blog CikNyz yg dulu tue....setiap haru update..& rajin mengwalking blog...sejak blog dulu tu terremove tanpa disenjaga...CikNyz dh mcm xde mood nk jadi rajin & bersemangat dah..huhuhuh. CikNyz update ni pun sbb nak share kat korang 1 lirik lagu yg membuatkan diri ini terasa amat kerdil...meremang bulu roma..menitis air mata....so hayatilaa lirik lagu Doaku kat bawah ni yer...


Doaku
Album : Di bawah Satu Cahaya
Munsyid : Ustaz Akhil Hayy
http://liriknasyid.com

Bismillah Ya Rahman,
Ya Rahim Bismillah,
Bismillah Ya Fattahu,
Ya Halim Bismillah,
Ya Allah Ya Rahmanu Ya Karim Ya Allah, (2X)
Bismillah.(3X)

Ya Rabbi,
Sudilah pandang kami,
Terangi jalan gelap ini,
Jangan biarkan kami terus sendiri,
Mencari, mendaki dan berduri.

Ya Rabbi,
Dengarlah doaku Ya Rabbi,
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami,
Cubaan,ujian yang kulaluim,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

(Ulan rangkap 2&3)

Wednesday, 26 December 2012

:: Kebahagiaan ::

Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!

Wednesday, 1 August 2012

:: Amalam sebelum tidur ::

Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi
 1. Al-Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.



2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad
Baca selawat sebanyak 3 kali.
3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih
Beristighfar sebanyak 3 kali.
4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar
Dibaca 3 kali.

Tuesday, 31 July 2012

:: Cara menghilangkan stress ::

Kehidupan moden yang penuh dengan permasalahan, ditambah beban hidup yang menekan, membuat stress dan tertekan. Jika dibiarkan akan mengganggu kehidupan. Namun ada banyak cara untuk meredakan stress, misalnya: 

1. Atur tarikan nafas. Tarik nafas dalam – dalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mulai merasa terkendali.
2.
Redakan ketegangan. Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan perenggangan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan berganti2 lalu angkat bahu dan buat tubuh anda terasa rileks.
3.
Bergerak. Lakukan jalan cepat, walaupun hanya dgn berjalan – jalan di sekitar ruangan atau kamar mandi. Hal itu berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar efek negatif dari hormon stres.
4.
Berteriak dan menjerit. Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat dipakai untuk terapi pereda stres.
5.
Terapi Esensial Bunga. Petakan beberapa tetes sari bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.
6.
Berpikirlah positif. Pilih sesuatu yang layak, suatu pemikiran pribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri.
7. Makan
makanan sehat.Diet dan jangan tergoda makan secara berlebihan.
8.
Dengarkan musik. Irama musik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.
9.
Merancang. Mulai mengatur kehidupan dan waktu secara efektif. Membuat keutamaan, sehingga anda dapat mengatasi tekanan dalam suatu waktu.
10.
Tertawa.Menonton komedi, tertawa bersama teman anda, atau kunjungi website lawak merupakan penawar luarbiasa bagi stres.
11.
Menemukan ketenangan dari dalam. Visualisasi atau meditasi dapat membantu menemukan sebuah ketenangan dari dalam, pada saat disekeliling anda dipenuhi tekanan dan masalah.
12. Mengambil
vitamin dan suplemen. Anda mungkin memerlukan sejumlah vitamin B dan antioksidan semacam vitamin C dan E pada saat sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress.

#Sumber :  Alia haryanie

Monday, 14 November 2011

:: H.i.d.u.p ::


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam - Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
Esok - Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semuga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal didalam neraka.
Kekal didalam syurga.